Eda Ezrin, suami dan 4 rakan dijangka tiba di Kelantan esok

LocalEntertainment
6 Aug 2025 • 7:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, bersama suami dan empat rakan dijangka pulang ke pangkuan keluarga di Kelantan pada pagi Khamis.

SUNGAI GOLOK, NARATHIWAT - Penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, bersama suami dan empat rakan dijangka pulang ke pangkuan keluarga di Kelantan pada pagi Khamis.

Mereka dijangka akan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Pekan Golok, di sini terlebih dahulu untuk proses dokumentasi sebelum dibebaskan.

Sehingga jam 7 malam tempatan Eda Ezrin bersama suami dan rakan-rakan kini dikatakan berada di Balai Polis Narathiwat selepas dibebaskan sekitar jam 5 petang dari Penjara Pusat Wilayah Narathiwat.

Difahamkan juga ahli keluarganya turut berada di Narathiwat untuk menyambut pembebasannya.

Sinar Harian Online melaporkan Eda Ezrin bersama suami dan empat rakan dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat di sini pada Rabu.

Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam pada Rabu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved