
ALOR SETAR: Seorang penganggur berdepan hukum mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 100.2 kilogram (kg) bulan lepas.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Dzulkifli Che Othman, 47, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah inap desa di Taman Aman di sini pada 4.30 petang, 25 Jun lepas di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika hukuman mati tidak dikenakan boleh dihukum minimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farhanah Fuad Mohamad Faiz manakala Dzulkifli tidak diwakili peguam.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Mahkamah menetapkan 1 Okt ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
