Edar dadah: Dua lelaki bebas

22 Jun 2024 • 2:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

Dua lelaki dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan mengedar methamphetamine seberat 550.5 gram oleh Mahkamah Tinggi, di sini, Jumaat.

Hakim Mahkamah Tinggi, Saiful Azian Mokhtar membuat perintah itu ke atas Mohammad Absan, 37, dan Jomel Abdul Jalal, 33, tanpa perlu membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Mohammad Absan dan Jomel didakwa mengedar dadah di hadapan Agro Bazaar Jalan Sandakan-Beluran KM52, di daerah itu pada 1 Okt 2020.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya, 1952 (Akta 234) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta sama, dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Perbicaraan bermula pada 11-13 Mac tahun ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Lim Sze Chuen melakukan pendakwaan.

Kedua-dua Mohammad Absan dan Jomel diwakili peguam mereka, Hamida Ambo.

Sementara itu, kedua-dua ahli keluarga mereka turut kelihatan hadir.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.