Edaran terima kontrak bernilai RM89.88 juta selenggara aplikasi Sistem Maklumat Kastam dan MySST

LocalBusiness & Finance
6 Nov 2023 • 5:49 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Edaran terima kontrak bernilai RM89.88 juta selenggara aplikasi Sistem Maklumat Kastam dan MySST

azan

06/11/2023 - 17:49

KUALA LUMPUR 6 Nov - Edaran Berhad menerusi Edaran IT Services Sdn. Bhd. menerima kontrak bernilai RM89.88 juta daripada Kementerian Kewangan bagi menyelenggara perkakasan, perisian, rangkaian, integrasi dan aplikasi Sistem Maklumat Kastam (SMK) dan MySST (2023-2027) bagi Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Kumpulan itu menerima Surat Anugerah (LOA) bertarikh 30 Oktober 2023 bagi kontrak tersebut pada 6 November 2023.

Tarikh mula kontrak itu ialah 1 September 2023 bagi tempoh 48 bulan.

"Hasil daripada kontrak itu akan menyumbang kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 hingga 30 Jun 2027.

"Tiada risiko yang ketara berhubung dengan kontrak itu," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Kumpulan itu berkata, tiada pengarah dan pemegang saham utama Edaran dan Edaran IT mempunyai sebarang kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam Kontrak.

Setakat yang diketahui oleh para pengarah dan pemegang saham utama, tiada orang yang mempunyai kaitan dengan itu mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, dalam kontrak berkenaan. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved