Edisi Ke-2 Risalah Sabah Agro Tourism Dilancarkan, Rasai Keistimewaan Durian Sabah

LocalTravel
15 Dec 2025 • 3:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

EDISI KE-2 RISALAH SABAH AGRO TOURISM DILANCARKAN: RASAI KEISTIMEWAAN  DURIAN SABAH 

Kota Kinabalu, 13 Disember 2025 – Dalam usaha memeriahkan serta mempromosikan  musim durian di Sabah, Tourism Malaysia Sabah bersama rakan strategiknya, Persatuan  Pengusaha Durian dan Buah-buahan Tropika Sabah (MaSDa) telah melancarkan risalah Sabah Agro Tourism – A Unique Sabah’s Farmland Experience (Edisi ke-2). Pelancaran  yang diadakan di Dking, Segama Kota Kinabalu itu turut disempurnakan dengan  kehadiran YB. Menteri Pertanian, Perikanan dan Makanan Sabah, YBhg. Datuk Jamawi  Jaafar. 

Edisi terbaharu ini meneruskan kejayaan edisi pertama yang telah dilancarkan pada bulan  Ogos 2024 dengan menampilkan 24 pengusaha ladang buah-buahan tempatan serta  pakej agropelancongan yang mempromosikan Tamparuli, Menggatal, Papar, Tenom,  Tawau dan beberapa lokasi luar bandar lain yang terkenal dengan kepelbagaian pilihan  durian dan buah-buahan tropika. 

Antara tawaran menarik yang disediakan termasuk pelbagai pilihan jenis lawatan bermula daripada kunjungan setengah hari ke kebun durian, pengalaman inap desa  berasaskan ladang, sehinggalah lawatan lengkap untuk menikmati durian unik Sabah  seperti durian pulu, dalit, sukang dan lain-lain.

Setiap pakej dibangunkan melalui  kerjasama dengan pengusaha ladang, komuniti setempat dan penggiat industri pelancongan bagi menyokong aktiviti agropelancongan serta membantu meningkatkan  sumber pendapatan masyarakat setempat. 

Puan Zuraini Abd Ghani, Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej Tourism Malaysia berkata bahawa pembangunan risalah Sabah Agro Tourism (Edisi ke-2) ini mencerminkan  

komitmen Sabah dalam menawarkan pengalaman pelancongan yang segar dan  berteraskan komuniti. 

“Edisi ini memberi peluang kepada pelawat untuk merasai sendiri kekayaan warisan agro  Sabah sekali gus menyokong pembangunan pelancongan luar bandar serta penjanaan  ekonomi masyarakat setempat. Ia juga merupakan salah satu usaha persiapan ke arah  menyambut kemeriahan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026),” katanya. 

Turut berlangsung di Segama Waterfront, Kota Kinabalu ialah Durian Tourism Bazaar  2025 bermula 12 sehingga 14 Disember 2025.

Karnival anjuran MaSDa selama tiga  hari ini menghimpunkan lebih 20 pengusaha durian dan buah-buahan tempatan dari  seluruh Sabah, menawarkan pelbagai pilihan buah-buahan serta produk berasaskan  buah-buahan kepada pengunjung pada harga yang menarik.

Penganjuran buat julung  kalinya di Kota Kinabalu, dengan kerjasama Tourism Malaysia Sabah, Sabah Tourism  Board, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan FAMA diharapkan dapat mempromosikan  Sabah sebagai destinasi antara destinasi agropelancongan unggul di Malaysia serta  membuka lebih banyak peluang kepada usahawan tempatan.

The post Edisi Ke-2 Risalah Sabah Agro Tourism Dilancarkan, Rasai Keistimewaan Durian Sabah appeared first on Siakap Keli.

View Original Article