Edisi September 2022: Senarai komprehensif pelan prabayar Internet unlimited daripada telco utama Malaysia

LocalDigital
29 Sep 2022 • 2:36 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Anda tentu biasa tentang penawaran prabayar Internet tanpa had daripada telco-telco di Malaysia ini. Frasa perkataan “tanpa had” dan “unlimited” sebenarnya banyak disalah guna oleh telco. Sebagai pengguna, kita perlu ambil langkah tambahan dengan cara menelusuri bahagian Terma & Syarat untuk mengetahui apa yang tidak dimasukkan ke dalam iklan.

Bagi menjimatkan masa anda, saya senaraikan penawaran prabayar Internet tanpa had daripada telco utama Malaysia

1.Celcom Xpax

Celcom telah memperkemas penawaran prabayar tanpa had Xpax mereka.

image is not available

Dalam edisi terdahulu, kita dihidangkan dengan 9 pas dengan kuota Internet tanpa had untuk kali ini, di bawah penawaran Mix & Match, Xpax kini menawarkan 4 pas sahaja. Dua daripadanya memiliki tempoh sah 5 hari dan dua lagi memiliki tempoh sah 30 hari.

Perlu diingatkan yang Celcom mengenakan FUP keras masing-masing 20GB untuk pelan 5 hari dan 60GB untuk pelan 30 hari.

Untuk gunakan servis SMS, anda dikenakan kadar pada 15sen/SMS. Seperti Hotlink, Xpax turut mengenakan kuota keras keatas penggunanya. Contohnya, untuk pas bulanan, selepas 60GB penggunaan, kelajuan akan dikurangkan kepada 512kbps sehingga pas diperbaharukan (rujuk sini). Anda boleh rujuk Terma & Syarat produk ini di sini.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

2. Maxis Hotlink

Hotlink telah dikesan memansuhkan pelan prabayar Internet tanpa had RM35 mereka dan digantikan dengan pelan RM40. Ia adalah pelan RM35 yang dimasukkan sekali fungsi hotspot tanpa had yang dulunya berharga RM5. Kini, semua pelan tanpa had Hotlink ada fungsi hotspot tanpa had. Cumanya, di laman FAQ ada menyatakan yang ia adalah promosi waktu terhad, maknanya ia boleh dimansuhkan pada bila-bila masa.

image is not available

Bagusnya pelan ini adalah ia berikan panggilan tanpa had untuk panggilan tempatan, tak perlu anda langgan apa-apa pas tambahan. Namun, SMS-nya ditetapkan pada kadar RM0.15/SMS. Hotlink nyatakan FUP-nya secara jelas. Selepas penggunaan 50GB, kelajuan Internet akan diturunkan kepada 512kbps.

image is not available

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

3. TuneTalk

Ini adalah salah satu telco MVNO di Malaysia. Disebabkan ia menggunakan rangkaian Celcom, anda boleh anggap liputan TuneTalk sama seperti Xpax. Anda dapat nikmati Internet tanpa had dengan TuneTalk pada bayaran RM48/bulan.

image is not available

Tune Unlimited memberikan anda akses Internet pada kelajuan 6Mbps dengan FUP sebanyak 100GB. Untuk berkongsi Internet, sebanyak 5GB kuota hotspot diberikan dan sekiranya habis, ada pas RM3 untuk 5GB yang sah selama 3 hari boleh didapatkan.

image is not available

Lain-lain manfaat yang anda terima adalah panggilan tanpa had untuk semua rangkaian. Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

4. TM Unifi

Penawaran Unifi menerusi Bebas2NJoy adalah yang paling jelas. Tiada FUP keras untuk kuota, tiada had kelajuan, malahan anda boleh berhotspot dengan peranti lain. Tawaran ini masih kekal sejak pertama kali diperkenalkan dulu tanpa sebarang perubahan.

image is not available

Pelan Internet daripada Unifi tidak menyertakan kuota panggilan. Kadar panggilan adalah RM0.20/minit tapi ada pas yang boleh dibeli iaitu RM7 untuk 60 minit ataupun RM20 untuk 200 minit. Kalau nak hantar SMS, anda dicaj RM0.10/SMS.

image is not available

Kemudian, anda perlu ketahui yang kuota Internet unlimited cuma ada bila anda bersambung ke rangkaian LTE. Kalau anda masuk ke kawasan 3G/2G sahaja, maka tiadalah Internet untuk anda. Kalau nak berhubung dengan Internet juga, ini anda perlu bayar:

  • RM13 1GB Internet asas
  • RM15 1GB Internet asas + 1GB Internet berkelajuan pantas
  • RM30 2GB Internet asas + 2GB Internet berkelajuan pantas
  • RM50 4GB Internet asas + 4GB Internet berkelajuan pantas

Kekurangan terakhir yang ingin saya utarakan pada Unifi #Bebas adalah anda perlukan telefon yang sokong LTE Band 5 (850Mhz). Anda boleh periksa model yang menyokongnya di sini.

5. U Mobile

U Mobile telah menghentikan penawaran prabayar tanpa had GX mereka dan kini anda ada dua pelan baharu iaitu U Mobile U25 dan U Mobile U35 untuk solusi prabayar Internet tanpa had.

image is not available

Pelan termurah bernilai RM20 berikan anda kelajuan 3Mbps dengan FUP keras 30GB manakala pelan RM35 berikan anda kelajuan 6Mbps dengan FUP keras 100GB. Ini adalah FUP keras tertinggi dalam kalangan telco kami senaraikan di sini.

Ada satu penawarian unik buat U25 dan U35 iaitu untuk setiap hari, anda boleh menembus pas kelajuan tinggi untuk digunakan selama 1 jam. Hanya U35 berikan kuota hotspot 3GB untuk kegunaan anda dan untuk U20, anda perlu langgan pas kuota RM3 untuk 3GB tapi ia ada tempoh sah 3 hari sahaja.

image is not available

Anda boleh baca FAQ kedua-dua pelan U Mobile di sini. Perkara menarik tentang kedua-dua U25 dan U35 daripada U Mobile adalah ia didatangkan dengan kuota panggilan tanpa had. Pada harga RM20/bulan ini adalah pelan Internet prabayar dan panggilan tanpa had termurah.

6. Yoodo

Yoodo ialah satu telco yang unik. Dalam artikel dulu, kami masukkannya sebagai telco digital sepenuhnya. Namun, selepas satu-demi-satu pesaingnya seperti ookyo dan tapp gulung tikar, kami ambil keputusan untuk masukkan saja Yoodo bersama-sama telco konvensional yang lain.

image is not available

Ada dua pelan unlimited boleh anda pilih daripada Yoodo iaitu:

  • RM35/bulan untuk kelajuan 3Mbps
  • RM43/bulan untuk kelajuan 6Mbps

image is not available

Anda beroleh kuota hotspot sebanyak 2GB untuk kedua-dua plan. Kalau tak cukup, ada booster yang boleh dibeli pada harga RM2/1jam untuk 100GB ataupun RM5/3jam untuk 100GB. Bagusnya Yoodo ini adalah mereka satu-satunya prabayar unlimited yang ada eSIM.

image is not available

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

7. Yes 5G

Yes 5G adalah telco pertama di Malaysia yang tawarkan 5G secara komersial kepada pengguna dan masih satu-satunya telco yang ada 5G. Pelan prabayar mereka telah ditukar nama kepada Yes Prepaid FT5G ataupun kependekan kepada "First to 5G". Hanya ada satu pelan FT5G ditawarkan iaitu RM30/bulan. Dengannya, anda beroleh kuota Internet tanpa had untuk kedua-dua 4G dan 5G.

image is not available

Bezanya adalah, untuk sambungan 4G, kelajuan anda akan dihadkan kepada 7Mbps tapi untuk 5G tiada sebarang had dikenakan sama ada kuota mahupun kelajuan. Pelanggan juga diberikan kemudahan hotpost 9GB untuk kemudahan perkongsian dengan gajet lain.

image is not available

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.