Edisi Terhad G-shock GST-B400 Ditawarkan Bersempena Tahun Baru Cina Dan Berharga RM1,875

TechnologyDigital
10 Jan 2025 • 1:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Casio memeriahkan Tahun Baharu Cina 2025 yang bakal disambut tidak lama lagi dengan pelancaran edisi terhad G-shock GST-B400. Edisi terhad ini hadir dengan rekaan berbentuk berlian yang berbeza pada tali, butang, bezel dan muka jam tangan yang melambangkan kemewahan.

image is not available

Butang fizikal dengan kemasan emas menambah kesan elegan. Selain itu mempunyai lambang Ouroboros (atau Uroborus) iaitu simbol purba yang menggambarkan ular atau naga memakan ekornya sendiri di bahagian plat belakang. Seperti kebanyakan jam tangan G-Shock yang lain, ia juga direka untuk tahan lasak dan hentakan.

image is not available

Terdapat juga ciri-ciri standard lain seperti sambungan ke peranti pintar, pengecasan solar, jam randik, penggera harian, lampu LED (Super Illuminator), kalendar automatik, paparan tarikh dan penunjuk hari. Harga jualan rasmi adalah RM1,875 dengan ketersediaan bermula hari ini melalui pengedar rasmi Casio Malaysia.