Edisi Terhad Nubia Neo 3 GT White Hailstone Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1399

LocalGaming
12 Nov 2025 • 4:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada bulan April yang lalu, nubia telah melancarkan telefon pintar gaming bajet, Neo 3 GT, di pasaran Malaysia. Kini, mereka memperkenalkan varian terbaharu iaitu Nubia Neo 3 GT White Hailstone Limited Edition yang merupakan hasil kerjasama eksklusif bersama permainan popular Free Fire.

image is not available
image is not available

Seperti namanya, peranti ini tampil dengan warna putih yang elegan serta aksesori bertemakan watak popular Kapella daripada permainan Free Fire. Kotak edisi terhad ini direka khas dengan sentuhan menarik pada permukaan berkilat yang menjadikannya kelihatan eksklusif.

image is not available
image is not available

Gabungan rekaan ini bukan sahaja memperkukuh identiti kolaborasi antara Nubia dan Free Fire malah menjadikannya barang koleksi eksklusif yang pasti menarik perhatian peminat setia permainan tersebut. Walaupun hadir dengan rekaan baharu, spesifikasi asal model Neo 3 GT masih dikekalkan pada peranti.

image is not available

Nubia Neo 3 GT White Hailstone Limited Edition akan mula dijual di Malaysia pada 13 November 2025 dengan harga RM1399 dan hanya terhad kepada 500 unit. Pembeli yang membuat pembelian dalam bulan November ini akan menikmati rebat sebanyak RM200. Selain itu, setiap pembelian turut disertakan dengan kotak hadiah bernilai RM299 yang mengandungi gamepad, kerangka dan lencana istimewa Demi Badge.