Edits Akan Sokong Kapsyen Dwi-Bahasa

TechnologyDigital
24 Apr 2026 • 1:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Instagram Edits telah mencapai pencapaian penting selepas setahun sejak dilancarkan pada April tahun lalu sebagai aplikasi penyuntingan video mudah alih. Sepanjang tempoh itu, lebih 130 ciri baharu telah ditambah melalui kemas kini mingguan.

image is not available

Antara ciri awal Edits ialah teleprompter terbina, kapsyen, pelarasan warna, dan kawalan audio. Terkini, pasukan pembangun merancang penambahbaikan seperti sokongan kapsyen dwibahasa, pelarasan warna dengan lebih banyak pilihan, fungsi untuk ubah kelajuan video dengan lebih bebas serta pilihan menyesuaikan alat mengikut keselesaan pengguna.

image is not available

Selain itu, Edits memperkenalkan ruang kreatif peribadi melalui tab Ideas yang mengumpulkan reel tersimpan, audio, dan nota inspirasi. Ia juga menyediakan suapan inspirasi yang disesuaikan dengan aktiviti pengguna, ringkasan komen, cadangan kreatif mingguan daripada AI, serta fungsi untuk menyemat alat kegemaran supaya lebih mudah dicapai.

image is not available

Pengguna juga boleh membuka fail projek penuh melalui templat untuk melihat bagaimana ia dihasilkan termasuk penggunaan audio trending dan sebelum menyesuaikannya mengikut gaya sendiri. Pada masa akan datang, templat akan menyokong fungsi lebih kompleks seperti overlay, keyframe dan kesan video. Selain itu, lebih banyak contoh dan teknik daripada pencipta akan disediakan dengan cara lebih mudah untuk berkongsi bahan kreatif sesama pengguna dalam aplikasi.

Meta turut menekankan bahawa Edits akan terus berkembang dengan lebih banyak fungsi dan menjadi ruang untuk belajar serta berkongsi kreativiti bersama komuniti. Maklum balas daripada pencipta pula akan menjadi panduan utama dalam menentukan hala tuju pembangunan seterusnya.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved