Edits Dikemaskini Dengan Fungsi Menukar Nota Menjadi Skrip Teleprompter Secara Automatik

Digital
11 Aug 2025 • 2:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aplikasi Edits menawarkan tiga fungsi baharu melalui kemaskini baharu. Penambahbaikan ini bertujuan untuk memudahkan proses penghasilan video serta meningkatkan kualiti dan tarikan kandungan yang dihasilkan oleh pengguna.

image is not available

Ciri pertama yang diperkenalkan ialah fungsi Stickies on Teleprompter yang membolehkan pengguna menukar nota ringkas kepada skrip teleprompter secara automatik melalui pilihan menu. Skrip yang ditulis dalam bentuk nota boleh dipaparkan terus di skrin rakaman melalui fungsi Teleprompter terbina dalam aplikasi.

Selain itu, Edits kini membolehkan pengguna berkongsi draf video yang belum diterbitkan secara terus daripada ruangan editor aplikasi. Melalui ciri ini, pengguna boleh menghantar pratonton projek mereka bersama mesej melalui Direct Message (DM) di Instagram bagi mendapatkan maklum balas awal daripada rakan atau pengikut.

Ciri ketiga yang diumumkan ialah kebolehan untuk meningkatkan kelantangan audio sehingga 150%. Walaupun peningkatan ini mungkin menimbulkan kebimbangan terhadap kualiti bunyi, Instagram menjelaskan bahawa ia merupakan antara permintaan tertinggi daripada pengguna. Semua ciri ini tersedia dalam versi terkini aplikasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved