Edna sedih tidak dapat sambut Natal bersama keluarga

21 Dec 2022 • 4:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Ikon kebudayaan Edna Pristy Fening, yang juga Ratu Duta Kebudayaan (MCA) Sabah 2022 berasa sedih tidak dapat menyambut perayaan Krismas bersama keluarga tahun ini kerana terpaksa kembali ke kolej untuk meneruskan pengajian di UiTM Puncak Alam Selangor.

Sejurus lambaian terakhir dan ‘final walk’ di malam akhir pemilihan Ratu Duta Kebudayaan yang baru di sini, Edna yang berasa begitu terharu terpaksa turut melambaikan selamat jalan kepada keluarganya.

Dia mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga demi untuk meneruskan pengajian dan melepaskan gelaran sebagai ratu MCA untuk diserahkan kepada ratu baru, Wenda Esthell Tisny yang menang pada malam 10 Disember.