Edra Power bekerjasama dengan TNB Genco majukan operasi turbin gas, penyelenggaraan

Business & Finance
16 Jun 2023 • 2:42 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Edra Power bekerjasama dengan TNB Genco majukan operasi turbin gas, penyelenggaraan

johardy

16/06/2023 - 14:42

KUALA LUMPUR 16 Jun - Pengeluar tenaga bebas Edra Power Holdings Sdn Bhd bekerjasama dengan unit Tenaga Nasional Bhd (TNB) iaitu TNB Genco untuk menerajui perniagaan penjanaan kuasanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Edra berkata kerjasama teknikal itu bertujuan untuk kedua-dua syarikat berkongsi maklumat teknikal dan pengumpulan alat ganti untuk operasi dan penyelenggaraan teknologi turbin gas 9HA.02.

“Edra dan TNB Genco akan bekerjasama rapat dengan matlamat untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan ketersediaan turbin gas 9HA.02 sedia ada yang dipasang di Loji Janakuasa Edra Melaka (EMPP) dan Loji Janakuasa Sultan Ibrahim (SIPP),” kata syarikat itu.

Dikendalikan dan diselenggara sepenuhnya oleh syarikat induk masing-masing, kedua-dua EMPP dan SIPP ditampilkan dengan turbin gas 9HA.02 terkini dan paling berteknologi maju yang dibangunkan oleh General Electric.

image is not available

"Kami berharap perkongsian ini akan membawa kepada sistem bekalan kuasa yang lebih kukuh, hijau dan lebih cekap, menyumbang secara positif dalam perjalanan penyahkarbonan Malaysia untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050," kata presiden dan pengarah eksekutif Edra, Zhong Xianjue.

Tambahnya, dengan bekerjasama, ia dijangka dapat meningkatkan jejak perniagaan kedua-dua syarikat dalam pasaran penjanaan kuasa yang berkembang pesat. - DagangNews.com