“Effort A+!” – Gadis Terharu Tunang Sanggup Naik Basikal Dari Selangor Ke Perak Buat ‘Surprise’

26 Jun 2023 • 12:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Di TikTok, tular seorang gadis meluahkan rasa terharu terhadap kegigihan tunangnya mengayuh basikal untuk berjumpa biarpun masing-masing duduk di negeri berlainan.

Melalui perkongsiaan video gadis terbabit, pada mulanya dia sama sekali tidak tahu mengenai kejutan itu sebelum tunang memunculkan diri di depan mata.

Kata gadis yang mesra dipanggil Lia itu, dia mengakui berasa risau apabila tidak dapat menghubungi tunang selama seharian dan sekaligus memikir keadaan lelaki terbabit ketika itu.

Bagaimanapun, gadis terbabit sama sekali tidak menjangkakan tunang yang juga aktif dalam bidang sukan permotoran itu tiba-tiba muncul di tempat kerja.

Dia berbasikal sejauh 126 kilometer untuk datang jumpa saya, dari Selangor ke Perak. Masa tu dia langsung tak balas mesej dekat WhatsApp.

image is not available

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa cemburu melihat kebahagian pasangan tersebut dan ramai juga wanita merasakan gadis tersebut sangat bertuah kerana menemui lelaki yang menghargai dirinya.

image is not available 5 months ago

"Terpaling Menyimpan" - Kekasih Kerja 4 Bulan Baru Ada RM1k, Lelaki Dilema Nak Kahwin Sebab Tak Nampak 'Effort'