“Eh Betul Ke Ni?” – Nampak Janna Nick & Dini Schatzmann Di Genting Highlands, Netizen Persoal Status Hubungan

Entertainment
17 Dec 2022 • 1:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti yang ramai tahu, pelakon dan penyanyi iaitu Janna Nick telah memaklumkan bahawa hubungan percintaan bersama pelakon, Dini Schatzmann sudah berakhir.

Namun, baru-baru ini pasangan selebriti itu dilihat meluangkan masa bersama-sama di sebuah pusat peranginan di Genting Highlands.

Menerusi sebuah hantaran video TikTok yang dimuat naik oleh Eyka Nabiela, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner dilihat sedang bercakap dihadapan kamera sambil dirakam oleh Dini.

Susulan itu, perkongsian video tersebut telah mengundang pelbagai respon orang ramai dan mencetus tanda tanya mengenai status hubungan mereka.

“Eh? Betul ke ni? Diorang putus bebetul ke tak?” tulis pemilik video.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga net berasa keliru memandangkan pasangan itu dilihat mesra seperti tidak ada apa-apa yang berlaku sebelum ini.

Malah, ada segelintir netizen yang mempersoalkan sama ada mereka benar-benar putus atau hanya sekadar marketing untuk single terbaharu Janna yang berjudul Mentari Setia.

image is not available

Bagaimanapun, ada juga pengguna media sosial yang memuji sikap profesional Janna dan Dini kerana mampu bekerja bersama walaupun hubungan percintaan mereka sudah berakhir.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 7 hari lalu

"Orang Tak 'Validate' Perasaan Saya" - Dituduh Buat Gimik Terlebih, Janna Nick Jawab Dakwaan Putus Cinta