"Eh, Dah Move On Dari Suami Orang Ke?" - Sophia AlBarakbah Tayang Boyfriend, Siap Peluk Berselimut

Entertainment
13 Feb 2023 • 4:14 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Baru reda gosip cinta lokasi Aliff Aziz dengan Sophia Albarakbah, aktres sensasi itu sekali lagi mengundang perhatian apabila memuat naik foto mesra dipeluk seorang lelaki dalam Instagramnya semalam.

Menerusi perkongsian tersebut, Sophia, 30 tahun bagaimanapun mengaburkan wajah lelaki berkenaan yang memeluknya dari belakang.

Difahamkan, foto yang diambil bersama jejaka bertopi dan berjambang itu ketika mereka di dalam sebuah panggung wayang.

“Masa untuk menonton wayang,” kata pelakon filem Miimaland itu ringkas.

image is not available

Hantaran tersebut sekali gus memberi bayangan hubungannya dengan teman lelaki seperti yang pernah dikongsi kepada umum sebelum ini masih baik meskipun dihambat kontroversi dengan aktor berstatus suami orang.

Terdahulu, nama Sophia terpalit dengan dakwaan dia mengganggu rumah tangga pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff apabila dikatakan mengaku jatuh cinta terhadap aktor berkenaan selepas bergandingan dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Sehingga hari ini, Sophia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mempertahankan dirinya terhadap dakwaan tersebut.

image is not available

Sumber: KOSMO! ONLINE