Eh! Mana Boleh Reverse?

Cars
14 Apr 2024 • 4:52 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tindakan berbahaya seorang pemandu nyaris menyebabkan kemalangan. - gambar media sosial

Tidak pelik jika seseorang pemandu terlepas simpang kerana tidak biasa dengan jalan yang dilalui atau lambat dimaklumkan aplikasi navigasi.

Namun, jangan lah jadi seperti pemandu kereta ini yang melakukan tindakan berbahaya dengan mengundurkan kenderaannya di laluan sibuk sehingga hampir menyebabkan kemalangan.

Kejadian di sebuah lebuh raya berdekatan dengan susur ke Jalan Duta ini tidak akan berlaku jika pemandunya peka dan memeriksa dahulu di mana susur yang perlu dilalui sebelum memulakan perjalanan.

Ingatlah, jangan terlalu bergantung kepada aplikasi navigasi sehingga terlepas simpang atau sesat barat, sebaliknya peka kepada persekitaran dan papan tanda yang tersedia.

Jika sudah terlepas simpang, teruskan saja perjalanan dan keluar di susur seterusnya, kerana aplikasi navigasi sudah tentu akan memandu anda semula ke destinasi asal dengan mencari laluan lain. – Getaran, 14 April 2024

@getaranmy Mungkin terlewat sikit ke destinasi kalau terlepas simpang, tapi janganlah nak berundur pulak di tengah lebuh raya. Nasiblah owner dashcam ni tak laju. #getaranmy #dashcam ♬ original sound - Getaran

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved