“Eh Pengecut Mana Fitnah Yang Kau Banggakan Sangat Tu?” – Izara Aishah Bergaduh Dengan Netizen

14 Oct 2022 • 5:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, pelakon jelita Izara Aishah telah memuat naik hantaran di laman Twitter meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan sesetngah pihak mengenai isu anak kepada selebriti usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Muhammad Bilal.

Menerusi hantaran tersebut, Izara berkata dia berasa jijik dengan manusia yang bertindak mencaci, mengutuk dan menghina anak kecil.

image is not available

Susulan itu, pelakon berusia 30 tahun itu sekali lagi menjadi perhatian apabila dilihat ‘berperang mulut’ dengan netizen di laman Twitter.

Difahamkan, ada segelintir netizen yang mendakwa Izara sering mempertahankan rakan-rakan artis kerana ingin menjadi hero untuk setiap isu yang sedang hangat sebagai tindakan publicity stunt.

image is not available

Bukan itu sahaja, netizen juga mempersoalkan tindakan Izara kerana menggunakan bahasa kesat terhadap teguran yang dilakukannya.

Tidak berdiam diri, Izara mengakui dia sedar dengan setiap perkataan yang dilemparkan dari mulut dan apa sahaja yang diperkatakan secara dalam talian mahupun luar talian.

image is not available

Dalam hantaran lain, menantu kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Dato Sri Siti Nurhaliza itu turut meluah rasa berang apabila ada individu yang menyebarkan fitnah terhadap dirinya.

Namun, hantaran tersebut dipercayai sudah dipadam dan tidak dapat dipastikan butiran fitnah yang dinyatakan oleh individu tersebut.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Berdengki Sungguh Dia Ni" - Dianggap Tak Hormat Pendakwah, Kenyataan Baby Shima Dikecam Netizen

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved