Jalan Selat di Kuala Lumpur merupakan lorong jalan bersebelahan komplek Sogo yang menghubungkan ke jalan utama, jalan Tuanku Abdul Rahman sebelah timur (jalan TAR) dan jalan Raja Laut sebelah barat. Pada asalnya dinamakan Selat bersempena dengan Selat Melaka atau Negeri-negeri Selat.
Pada asalnya nama jalan ini dikenali sebagai Straits Road. Banyak jalan-jalan di Kuala Lumpur dinamai semula secara besar-besaran pada tahun 1981 dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Ia merupakan sebahagian daripada dekolonisasi pasca kemerdekaan yang ditolak oleh Tun Mahathir yang ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia.
Pada 30 Mac 1998, Jalan Selat telah diberi nafas baru dengan nama Jalan Esfahan sebagai balasan kepada kerajaan Iran yang menamakan ‘jalan Kuala Lumpur’ di Esfahan pada 24 Jun 1997. Kuala Lumpur dan Esfahan seakan bandar bersaudara, satu pengaturan yang bertujuan untuk mempromosikan hubungan budaya dan komersial.
Kerjasama diplomatik di antara Malaysia dan Iran diperkukuhkan sejak Perjanjian Krisis 1988. Malaysia diiktiraf sebagai negara yang menyelamatkan ekonomi Iran semasa krisis dengan inisiatif Bilateral Payment Arrangement (BPA) yang membolehkan perdagangan minyak sawit tanpa kebergantungan kepada sistem dolar AS.
Ironinya, apabila sekatan kapal-kapal melalui Selat Hormuz akibat krisis Iran-AS, kapal Malaysia dibenarkan melalui laluan tersebut atas dasar sejarah hubungan dan kepercayaan. Tindakan Malaysia pada tahun 1988 adalah batu sejarah yang membimbitkan pelaburan diplomatik jangka panjang. Sejarah mengajar nilai kemanusiaan yang boleh memberi impak dalam kehidupan jangka masa panjang.
Namun, konflik Iran-AS mengganggu gugat rantaian bekalan dan boleh menjejaskan tahap sara diri negara. Walaupun hubungan bersaudara sudah terbina sekian lama dengan Iran, laluan perdagangan bagi negara lain yang membawa barangan import dan eksport turut mengalami sekatan laluan.
Malahan sebelum konflik ini berlaku, aktiviti perniagaan di Iran juga sedang menghadapi sekatan ekonomi selama lima dekad yang dikenakan oleh Amerika Syarikat seperti halangan pemindahan wang dan kesukaran membuka akaun bank.
Walau sedemikian, menurut Duta Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi, Iran masih giat memperluaskan dagang dengan Malaysia. Antara barangan eksport Malaysia ke Iran termasuk minyak sawit, gentian tiruan, besi dan keluli, getah dan bahan kimia.
Susulan konflik ini, nampaknya ia berisiko untuk berpanjangan dan memberi kesan kepada ekonomi global khususnya bekalan minyak dalam keterjaminan sumber dan rantaian semua perkara dalam kehidupan seharian kita. Situasi ini adalah di luar kawalan manusia selagi mana pihak berkonflik tidak mencapai kesepakatan.
Korek & kongsi fakta menarik Malaysia dan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM4,300! Ketahui cara penyertaan di sini. T&S terpakai.
Ana Muzi (mzpenakarya210821@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
