#EiTahuTak | Lima Kelopak Falsafah Bangsa: Bunga Raya Keagungan Malaysia

13 Jun 2026 • 12:30 PM MYT
Faris Ikhwan
Faris Ikhwan

Full-time worker and passionate about writing.

Image from: #EiTahuTak | Lima Kelopak Falsafah Bangsa: Bunga Raya Keagungan Malaysia
Gambar dari Tukang Kebung

Setiap Negara mempunyai bunga kebangsaan masing-masing yang mempunyai nilai atau makna yang tersirat mengenai sesuatu kepentingan negara itu. Di Malaysia, bunga kebangsaan ini menjadi simbol identiti dan perpaduan, lambang rasmi negara, pemuliharaan alam sekitar dan geografi, serta pelancongan dan budaya.

Perkataan ‘raya’ pada Bunga Raya (Hibiscus rosa-sinensis) membawa makna besar, agung, atau utama dalam Melayu klasik. Ia dinamakan dengan saiz kelopak bunganya yang besar dan menyerlah. Selain itu, banyak juga perkataan yang lain juga digunakan seperti jalan raya, pasar raya, dan balai raya yang membawa maksud yang besar. Warna merah terang telah menjadi ikonik bagi rakyat Malaysia, akan tetapi terdapat juga warnanya yang lain atas faktor kacukan dan persekitaran seperti warna putih, merah jambu, jingga dan ungu.

Image from: #EiTahuTak | Lima Kelopak Falsafah Bangsa: Bunga Raya Keagungan Malaysia
Kepelbagaian jenis dan warna bunga raya

Latar belakang sejarah nama bunga yang membawa maksud ‘agung dan besar’ telah menjadi sebab Tunku Abdul Rahman memilih Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia pada 28 Julai 1960 ketika di sebuah pameran Malayan Agro-Horticultural Association (MAHA), yang melambangkan kemeriahan perpaduan, dan kemegahan negara. Bunga ini mempunyai kelopak yang luas dan warna merahnya yang menonjol serta pertumbuhannya yang sangat mudah, terkenal, dan mudah didapati di Nusantara ini. Sebelum dipilih menjadi Bunga Kebangsaan Malaysia, Kementerian Pertanian menyenaraikan tujuh jenis bunga yang dicalonkan iaitu, bunga raya, bunga kenanga, bunga melur, bunga cempaka, bunga teratai, bunga mawar, dan bunga tanjung. Akhirnya, bunga raya telah mengatasi bunga-bunga yang lain selepas kajian dan tinjauan telah dibuat oleh Jabatan Penerangan, kerana bunga ini terkenal dan mudah didapati di seluruh negara tanpa mengira musim, dan tidak menjadi bunga kebangsaan bagi mana-mana negara pada ketika itu.

Lima kelopak utama secara rasminya disimbolkan sebagai lambang Lima Prinsip Rukun Negara selepas pembentukan Malaysia (1963) dan pengisytiharan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara telah melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama, dan budaya di bawah satu payung negara yang harmoni, sesuai dengan kelopak bunga raya yang berbeza-beza warna, jenis dan saiz dan mekar berbunga dengan kecantikannya.


Sources:

  1. https://www.malaysia.gov.my/my/government/kenali-malaysia/bunga-kebangsaan
  2. https://upm.edu.my/berita/bunga_raya_merah_diisytihar_bunga_kebangsaan_negara-74916
  3. https://www.slideshare.net/slideshow/bunga-raya/9670995?nway-content_model=D

Image from: #EiTahuTak | Lima Kelopak Falsafah Bangsa: Bunga Raya Keagungan Malaysia

Korek & kongsi fakta menarik Malaysia dan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM4,300! Ketahui cara penyertaan di siniT&S terpakai. 


Faris Ikhwan (muhammadfaris067@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved