Ekonomi Iran mula dilumpuhkan – AS

WorldBusiness & Finance
25 Aug 2026 • 10:55 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ekonomi Iran mula dilumpuhkan – AS

WASHINGTON:  Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Scott Bessent pada Isnin menggariskan rancangan untuk melakukan tekanan ekonomi yang melumpuhkan terhadap Iran selain memberi amaran tentang akibat buruk terhadap negara yang enggan menyertai kempen berkenaan.

Pengumuman itu dibuat hampir enam bulan selepas perang terhadap Iran bermula dan kini menemui jalan buntu dengan rundingan damai terhenti serta Teheran menyekat sebahagian besar trafik melalui Selat Hormuz yang amat penting.

Bessent sebelum ini berkata, Amerika mengisytiharkan serangan ekonomi besar-besaran terhadap Iran.

Namun, pengumumannya tidak menamakan negara tertentu selain Iran dan tidak menetapkan sebarang tempoh masa.

Di seluruh dunia, objektif kami adalah untuk memutuskan setiap talian hayat ekonomi yang menyokong rejim zalim ini sehingga Teheran bersendirian,” kata Bessent kepada wartawan.

“Kami akan memastikan semua pihak bertanggungjawab dan ini adalah tekanan ekonomi yang melumpuhkan terhadap rejim ini,” katanya sambil menambah bahawa negara yang tidak menyertai sekatan AS akan berkongsi nasib pengasingan Iran.

Presiden Donald Trump sedang menghubungi para pemimpin dunia untuk meminta mereka menghentikan hubungan dengan Teheran, kata Bessent.

Jabatan Perbendaharaan AS berkata, sekatan sekunder yang diperluas akan menyasarkan sektor aset digital, teknologi, emas, penerbangan dan perkapalan Iran.

Jabatan itu turut mengenakan sekatan baharu terhadap 60 individu, syarikat dan kapal yang didakwa membantu Iran menjana hasil minyak, mendapatkan senjata serta menjalankan operasi siber.

Sekatan itu menyasarkan entiti di seluruh dunia, termasuk di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Hong Kong, China, Singapura dan Eropah.

Bessent berikrar bahawa mana-mana entiti yang memudahkan pengubahan wang haram bagi pihak Iran akan disingkirkan daripada sistem dolar AS.

Ian tidak mengendahkan ancaman itu dan meramalkan satu lagi kekalahan bagi Washington.

“Kami sudah lama menunggu rancangan ini dan kerajaan sudah bersedia serta mempunyai pelan dua tahun untuk menguruskan perkara ini,” kata Menteri Ekonomi, Ali Madanizadeh. – AFP

 

The post Ekonomi Iran mula dilumpuhkan – AS appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved