Rumusan Artikel
Ekonomi kreatif atau ekonomi jingga menjadi fokus Kementerian Komunikasi dalam cadangan Belanjawan 2027.
Bidang yang diberi perhatian merangkumi filem, animasi, muzik serta seni dan budaya.
Industri kebudayaan dan kreatif menyumbang 6.8% kepada KDNK pada 2024, bernilai RM130.7 bilion.
Fahmi menegaskan projek RMK13 perlu dilaksanakan dengan tadbir urus ketat, telus dan bebas rasuah.
Ekonomi kreatif atau ‘ekonomi jingga’ menjadi antara fokus utama Kementerian Komunikasi dalam cadangannya bagi Belanjawan 2027, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Menurut Fahmi, kementerian bukan sahaja memberi perhatian kepada program sedia ada di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan jabatan lain, malah turut meneroka bidang baharu yang berpotensi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.
View this post on Instagram
“Kita juga melihat kepada satu bidang baharu iaitu ekonomi jingga atau ekonomi kreatif, memandangkan kita sudah menubuhkan Majlis Ekonomi Jingga yang akan melihat kepada pembangunan ekonomi kreatif meliputi filem, animasi, muzik serta seni dan budaya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan sesi perbincangan mengenai Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Universiti Malaya.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan rancangan penubuhan Majlis Ekonomi Jingga bagi memperkukuh industri kreatif sebagai antara sektor yang berpotensi memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, industri kebudayaan dan kreatif menyumbang 6.8 peratus kepada KDNK pada 2024, dengan nilai RM130.7 bilion.
Dalam pada itu, Fahmi menegaskan setiap projek di bawah RMK13 perlu dilaksanakan dengan tadbir urus yang ketat dan telus serta berteraskan usaha membanteras rasuah kerana ia melibatkan dana awam.
Beliau berkata pandangan serta hasil kajian ahli akademik yang dibentangkan dalam sesi berkenaan akan dihimpunkan dalam satu laporan untuk dikemukakan kepada Jemaah Menteri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pangkat Tinggi Pun Tidak Terlepas Undang-Undang, PDRM Serah Laporan Awal Kes Libat KP AKPS Kepada Jabatan Peguam Negara
The post Ekonomi Kreatif Jadi Fokus Kementerian Komunikasi Dalam Cadangan Belanjawan 2027 – Fahmi Fadzil first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






