Ekonomi MADANI bantu struktur semula ekonomi, tingkat kualiti hidup rakyat

Politics
25 Aug 2023 • 9:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluncurkan inisiatif Ekonomi MADANI dengan menggariskan dua fokus utama iaitu bertujuan menstruktur semula ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui peningkatan pemacuan ekonomi, bulan lalu.

image is not available

Sejajar dengan itu, ahli ekonomi Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata, konsep dan dasar pembangunan ekonomi perlulah berlandaskan faktor kemasyarakatan seperti faktor ketamadunan yang dianjurkan oleh Malaysia MADANI.

Ekonomi MADANI titik beratkan nilai dan pembangunan

Disebabkan itu, Ekonomi MADANI sangat menitikberatkan soal nilai dan pembangunan serta kawal selia institusi dalam masyarakat.

Dr Nungsari berkata, aspek ketamadunan ini selari dengan asas pembentukan Malaysia seperti yang diharapkan Tunku Abdul Rahman dan yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.

image is not available

“Kiat juga ambil iktibar daripada dasar lampau yang semuanya berhasrat untuk bangunkan Malaysia tetapi gagal untuk mencapai matlamat yang diharapkan,” katanya.

Kerangka Ekonomi MADANI kembalikan kecergasan ekonomi negara

Justeru itu, kerangka Ekonomi MADANI yang bermatlamat mampu melakukan reformasi yang mengalih ke landasan ekonomi negara yang lebih baik.

Kerangka Ekonomi MADANI ini bukan sahaja mampu mengembalikan semula kecergasan ekonomi negara malah mampu menjana pertumbuhan yang meningkatkan kesejahteraan rakyat dan daya saing negara.

Ekonomi MADANI tidak sama dengan Model Ekonomi Baru MEB

Ekonomi MADANI yang diperkenalkan ini tidak sama dengan Model Ekonomi Baru (MEB) yang diketengahkan oleh Datuk Seri Najib Razak dimana MEB tidak berlandaskan aspek ketamadunan dan kemasyarakatan.

“MEB bukan berteraskan aspek ketamadunan dan kemasyarakatan. Ia juga tidak dilaksanakan dengan betul. Najib melaksanakan ETP yang berteraska projek, bukannya MEB,” ujarnya.