
Ekonomi Makin Parah, Anak Bersekolah Bertambah, Ini Idea Bernas Untuk “Prepare” Dari Sekarang
Masa hadapan anak bermula dari asuhan dan didikan di peringkat awal.
Bukan di sekolah, bukan di kampung ketika pulang bercuti di rumah atok dan nenek. Segalanya bermula dari rumah bersama ibu bapa sendiri.
Lebih awal anak didedahkan dengan persekitaran yang positif, lebih tinggi potensi anak untuk berjaya kelak.
Sedar atau tidak, kerajaan semakin hari semakin banyak membuka peluang kepada anak-anak yang terkehadapan berbanding rakan seusia.
Namun, dengan keadaan ekonomi yang semakin tidak menentu ni, ditambah pula dengan kehadiran si kecil sebagai ahli keluarga, timbul rasa galau di hati.
Cabaran Ibu Bapa Prepare Anak Sebelum Bersekolah
Ibu bapa yang ada anak kecil mesti susah hati bila anak nampak seperti belum bersedia untuk melangkah ke sekolah.
Nak pula bila kerajaan umum, kanak-kanak berusia enam tahun dah boleh daftar masuk ke Tahun Satu.
Bila tengok anak sendiri, memang dah petah bercakap tapi belum pandai menulis. Ada pula pandai membaca tapi kekok nak berkawan.

Bila fikir semula, nak ajar sendiri di rumah memang tak menyempat, balik kerja pun dah penat.
Hujung minggu pula terpaksa keluar bekerja. Apatah lagi mereka yang bekerja mengikut shift.
Korang tahu tak, laporan Bank Dunia pada tahun 2024 tunjukkan sekitar 24 peratus kanak-kanak di Malaysia belum capai tahap kesediaan masuk sekolah.
*World Bank. (2024). MALAYSIA ECONOMIC MONITOR Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundational Skills Public Disclosure Authorized (p. 74).
Kena ingat, dari dulu hingga sekarang, budaya mana-mana sekolah awam pun sama.
Guru seorang tak sempat nak tengok 30 orang murid dalam satu kelas.
Bagi korang yang ada dalam golongan ni, SK senaraikan empat cadangan mudah persediaan yang korang boleh buat.
Tiga daripada empat persediaan ni hanya memerlukan sekitar 15 hingga 30 minit sahaja dalam sehari. Bukan seperti ibu bapa mengajar di dalam kelas.

Cadangan Persediaan Anak Sebelum Ke Alam Persekolahan
Ibu bapa boleh lakukan aktiviti baca buku cerita bersama anak. Cara ni paling mudah kerana kanak-kanak lebih tertarik dan cepat tangkap melalui interaksi langsung. Antara langkahnya, bercerita sambil lakonkan watak supaya tumpuan anak lebih lama.
Jadikan aktiviti pembelajaran lebih interaktif. Contohnya, aktiviti menyusun plat atau flash card huruf dan nombor; atau aktiviti padanan gambar dengan perkataan.
Ibu bapa juga boleh mengajar anak untuk bergaul dengan rakan sebaya di taman permainan. Bagi yang rajin ke surau, boleh juga bawa anak ke sana supaya anak belajar berkawan. Selain itu, ibu bapa juga boleh menggunakan kesempatan ketika menziarahi saudara-mara untuk mengajar anak berkongsi.
Persediaan keempat ni keras sikit, iaitu kewangan.
Cakap pasal kewangan, ramai mula garu kepala. Terutama golongan yang hidup bak kais pagi makan tengah hari, makan petang tercari-cari lagi.
Mana nak beli buku aktivitinya, pensel warna lagi. Takkan nak bagi anak belajar menulis pakai arang.
Bagi korang yang termasuk dalam kategori macam ni, SK nak bagi tahu ada satu peluang sekali dalam seumur hidup buat korang.
Inisiatif MyTabung Minda Cergas Dutch Lady
Untuk pengetahuan korang, Dutch Lady ada lancarkan peraduan MyTabung Minda Cergas. Peraduan ni merupakan dana pendidikan prasekolah bernilai sehingga RM1 juta sebagai sokongan kepada ibu bapa dalam memberi pendidikan awal kepada anak agar anak lebih bersedia sebelum melangkah ke alam persekolahan.
Dengan adanya inisiatif ni, anak-anak berpeluang membina kemahiran asas lebih awal. Sekali gus membantu mereka lebih bersedia meneroka perjalanan pembelajaran seterusnya.
Kemahiran asas termasuk membaca, mengira dan menulis serta berkomunikasi dengan baik sebelum memasuki Tahun Satu membolehkan anak lebih mudah faham pelajaran.
Selain itu, anak juga akan lebih cepat menangkap apa yang cikgu ajar tanpa perlu one to one dalam kelas.
Jenama Dutch Lady memang dikenali dengan susu tepung penuh nutrien yang sokong konsep ‘Minda Cergas’ anak.
Sekarang, Dutch Lady nak up lagi game dia. Diorang tubuhkan inisiatif yang selari dengan konsep ‘Minda Cergas’ iaitu menyediakan peluang untuk pendidikan prasekolah.
Tabung ini bertujuan membuka peluang kecil supaya ada permulaan hidup lebih cerah dan masa hadapan yang lebih kukuh.
Cara Penyertaan Kempen MyTabung Minda Cergas
Korang boleh mula sertai kempen ni dengan membeli susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady dengan nilai RM40.
Kemudian, imbas kod QR yang tertera dalam poster di bawah dan hantar bukti pembelian.
Ambil perhatian, hanya empat produk ini yang terlibat dalam kempen:
Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-kanak Dutch Lady 123
Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-kanak Dutch Lady 456
Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-kanak Dutch Lady 6+
Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-kanak Dutch Lady MaxGro

Hadiah diumum secara mingguan.
Bagi korang yang ingin tahu maklumat lanjut tentang inisiatif ni, boleh layari https://www.dutchlady.com.my/ms/kids-nutrition/promotions/mytabungmindacergas2026/.
Penting untuk korang tahu, pemilihan pemenang ditentukan oleh pihak Dutch Lady dengan tertakluk kepada terma dan syarat.
Menjadi ibu bapa sudah diketahui penuh dengan tanggungjawab terhadap anak.
Selagi berkemampuan, kita perlu laksanakan sebanyak mungkin bagi memastikan anak bersedia untuk hadapi usia dewasanya.
Selagi ada peluang terbentang, tak salah untuk kita rebut.
Sama-sama kita usaha demi masa hadapan anak-anak bersama Dutch Lady.


