Ekonomi Malaysia Berkembang 8.7%, Tertinggi Dalam 22 Tahun

Business & Finance
10 Feb 2023 • 4:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ekonomi Malaysia Berkembang 8.7%, Tertinggi Dalam 22 Tahun

Ketua Perangkawan Negara memaklumkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia telah meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 22 tahun.

Berdasarkan data yang dimuat naik di laman Twitter Jabatan Perangkaan Malaysia, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 8.7 peratus pada 2022.

KDNK Malaysia berkembang sebanyak 7.0 peratus pada Suku Keempat 2022 sekaligus menyumbang kepada prestasi baik tersebut.

Ekonomi Malaysia berkembang 8.7%

Pertumbuhan ekonomi 8.7 peratus yang dicatatkan itu merupakan yang tertinggi sejak 2000 (8.9 peratus)

Selain itu, pelaburan langsung asing (FDI) mencatat aliran masuk bersih yang lebih tinggi iaitu berjumlah RM19.3 bilion pada suku terakhir tahun yang sama.

Berita bakal menyusul

Sumber: Bernama via Twitter