Ekonomi Malaysia Dijangka Terus Mengukuh Pada Suku Keempat 2024

LocalBusiness & Finance
24 Sep 2024 • 1:07 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ekonomi Malaysia Dijangka Terus Mengukuh Pada Suku Keempat 2024

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menjangkakan ekonomi negara akan terus mengukuh pada suku keempat tahun 2024.

Ini berdasarkan peningkatan Indeks Pelopor (IP) yang mencatatkan 5.2 peratus pada Julai 2024.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, DOSM melaporkan bahawa IP mencapai 115.1 mata pada Julai 2024, berbanding 109.4 mata pada bulan sama tahun 2023.

“Pertumbuhan ini dipacu oleh Import Benar Semi Konduktor yang melonjak sebanyak 36.7 peratus dan Indeks Perusahaan Bursa Malaysia meningkat sebanyak 35.4 peratus.

“Prestasi bulanan IP juga menunjukkan peningkatan yang positif dengan mencatatkan 1.1 peratus pada Julai 2024, berbanding penurunan 0.4 peratus pada Jun 2024,” maklum DOSM dalam kenyataan tersebut.

Tambah DOSM, peningkatan Import Benar Semi Konduktor sebanyak 1.0 peratus merupakan penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ini, menandakan pemulihan dalam sektor teknologi dan industri berkaitan.

“Melihat kepada trend jangka panjang terlicin pada Julai 2024, IP konsisten melepasi 100.0 mata, menggambarkan ekonomi Malaysia berdaya tahan disokong oleh pengembangan positif dalam penggunaan domestik dan permintaan berterusan oleh pasaran luar,” tambah DOSM.

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=928072266031258&id=100064854781472&rdid=xtexIFiTLgxoNh3A

Sumber: DOSM