Ekonomi Malaysia mesti dibangunkan secara saksama: Anwar

Politics
8 Feb 2024 • 11:43 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Ekonomi negara mesti dibangunkan secara saksama, mampan dan berkebajikan.

Demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam amanat ringkasnya sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.

Malah menurut beliau, sebarang kebejatan atau kerosakan mesti dijauhkan selain mengukuhkan perpaduan kaum berbilang bangsa.

“Di pihak kerajaan, kerja kita akan lebih kuat dan tegap demi memaknai cita Malaysia yang lebih sejahtera dan tinggi darjatnya,” katanya.



Anwar berkata, Tahun Naga menurut kalendar Cina membawa maksud kekuatan dan karisma selain sifat kreativiti dan keyakinan.

Justeru katanya, bagi membangkitkan semangat prinsip-prinsip universal tersebut, rakyat mesti meneruskan tekad untuk menjadi masyarakat yang unggul dan madani.

“Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina. Semoga perayaan tahun baharu pada tahun ini membawa kebahagiaan yang melimpah dan rezeki yang bertambah,” katanya. - 8 Februari, 2024

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved