Ekonomi mula pulih, fiskal negara semakin stabil hasil reformasi MADANI – PM Anwar

LocalBusiness & Finance
24 Jul 2025 • 12:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ekonomi negara yang sebelum ini suram kini menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang meyakinkan, manakala kedudukan fiskal pula semakin stabil hasil pelaksanaan agenda reformasi Kerajaan MADANI.

Menurut beliau, kesungguhan dan iltizam kerajaan dalam melaksanakan reformasi berasaskan prinsip kebertanggungjawaban telah membuka ruang lebih luas untuk memperkukuh kedudukan kewangan negara serta mempertingkatkan maslahat umum.

image is not available

Kredit Foto: Sadiq Asyraf| Pejabat Perdana Menteri.

“Alhamdulillah, berkat iltizam Kerajaan MADANI, ekonomi negara semakin stabil.
“Reformasi yang dilaksana akan memperkukuh kewangan negara dan memberi ruang untuk memperkasa kesejahteraan rakyat,” katanya dalam ucapannya pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

image is not available

Kredit Foto: Sadiq Asyraf| Pejabat Perdana Menteri.

Fiskal negara semakin stabil hasil reformasi MADANI

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan ikhtiar segera kerajaan bagi meringankan beban sara hidup rakyat dan sebagai penghargaan terhadap sokongan rakyat kepada pentadbiran kerajaan.

image is not available

Kredit Foto: Sadiq Asyraf| Pejabat Perdana Menteri.

Antara langkah utama tersebut ialah penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter serta pengekalan kadar tol di 10 lebuh raya utama, yang menurut Anwar merupakan manifestasi keikhlasan kerajaan membantu rakyat tanpa mengira latar belakang sama ada golongan B40 mahupun M40.

“Ini tekad Kerajaan MADANI untuk pastikan kemakmuran dikongsi dan kesejahteraan dinikmati secara saksama oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Sumber: FB Anwar Ibrahim