Ekonomi tidak gawat, diunjur tumbuh 4.5 peratus tahun ini

6 Mar 2023 • 2:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 6 MAC: Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 4.5 peratus tahun ini di sebalik cabaran ketidaktentuan di peringkat global, kata timbalan menteri kewangan.

Menurut Datuk Seri Ahmad Maslan, jangkaan itu selaras Tabung Kewangan Antarabangasa (IMF) dan Bank Dunia selain prestasi pertumbuhan ekonomi yang direkodkan tahun lalu.

Beliau menambah negara juga tidak akan mengalami kegawatan ekonomi tahun ini dan kerajaan terus menumpukan untuk menjadikan Malaysia destinasi pelaburan menarik.

“IMF dan Bank Dunia turut unjurkan Malaysia akan alami pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.4 peratus dan 4 peratus pada tahun ini,” jelasnya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

“Selain itu, kegawatan ekonomi secara teknikal adalah apabila sesebuah negara mengalami penguncupan ekonomi iaitu pertumbuhan negatif suku tahunan selama dua kali berturut-turut.”

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Idris Ahmad yang ingin mengetahui pelan kerajaan dalam menghadapi kegawatan ekonomi yang dijangka berlaku tahun ini.

Ahmad menjelaskan kerajaan akan terus memudah cara proses pelaburan dan mewujudkan lebih banyak syarikat pemula berinovatif tinggi bagi mencipta peluang pekerjaan tempatan setimpal.

Pada awal tahun ini, Bank Dunia menjangkakan kemelesetan ekonomi global berlaku pada 2023, rentetan krisis kewangan yang dialami banyak negara di seluruh dunia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved