Ekonomi UK rugi lebih RM8 billion bulan lalu akibat gelombang haba 

WorldBusiness & Finance
23 Jul 2026 • 12:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ekonomi UK rugi lebih RM8 billion bulan lalu akibat gelombang haba 

Image from: Ekonomi UK rugi lebih RM8 billion bulan lalu akibat gelombang haba 

LONDON – Gelombang haba yang melanda United Kingdom (UK) Jun lalu menyebabkan negara berkenaan kehilangan waktu kerja kira-kira 24 juta jam, dengan kerugian ekonomi mencecah £1.15 bilion (RM8.2 bilion), demikian menurut anggaran Sekolah Ekonomi London (LSE) hari ini.

UK, Perancis dan negara Eropah lain menyaksikan gelombang haba luar biasa Jun lalu yang mengganggu sistem pengangkutan, sekolah dan hospital serta menimbulkan kebimbangan mengenai kesihatan orang ramai.

Mereka yang bekerja dalam sektor terdedah kepada haba dan memerlukan tenaga fizikal seperti pembinaan dan pertanian perlu mengurangkan waktu kerja berbanding pekerja sektor lain seperti ahli akademik dan pekerja pejabat,” demikian menurut kajian itu.

Secara purata, pengurangan jam bekerja yang dilaporkan sepanjang minggu sehingga 22 Jun lalu ialah 0.47 jam.

Kajian itu menunjukkan bahawa 1.25 juta pekerja dalam populasi UK tidak bekerja langsung pada minggu itu disebabkan oleh gelombang haba. – AFP 

The post Ekonomi UK rugi lebih RM8 billion bulan lalu akibat gelombang haba  appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved