
COLUMBUS, OHIO – Seekor kuda di negeri Ohio menempa nama dalam Guinness World Records kerana memiliki ekor panjang 4.1 meter, lapor agensi berita UPI.
Kuda bernama Jenny itu milik pasangan Mackenzie Lowe dan Rachel Estes. Haiwan itu dihadiahkan kepada Lowe sempena ulang tahun kelahiran yang ke-13 pada 2019.
“Saya dimaklumkan bahawa ekor Jenny pernah tercabut ketika masih muda. Semasa saya mendapat Jenny, ekornya sudah mencecah tanah tetapi tidak terlalu panjang,” kata Lowe kepada Guinness World Records.
Jenny merupakan kuda baka American Saddlebred yang terkenal dengan ekor panjang dan terurai.
“Kami memutuskan untuk membiarkannya tumbuh kerana ekor panjang adalah sesuatu yang dicari-cari untuk baka berkenaan semasa pertunjukan.
Ekor Jenny akhirnya dipotong selepas haiwan itu disahkan mengatasi pemegang rekod terdahulu iaitu kuda dengan ekor panjang 3.81 meter pada 2007. – AGENSI
The post Ekor kuda mengurai, panjang lebih 4 meter appeared first on Kosmo Online.
