Ekosistem, bekalan rantaian jadi pertimbangan laksana projek keperluan rakyat

LocalPolitics
30 Aug 2024 • 12:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar beramah mesra bersama tetamu ketika hadir merasmikan Majlis Pecah Tanah Kerian Intergrated Green Industrial Park (KIGIP) di Ladang Tali Air pada Jumaat. Foto Bernama

PARIT BUNTAR - Kerajaan telah membuat dua pertimbangan penting dalam pelaksanaan projek-projek keperluan rakyat, melibatkan pertimbangan berkaitan ekosistem dan rantaian bekalan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau memberikan contoh projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), yang menyaksikan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah diarahkan untuk menyelaraskan kedua-dua pertimbangan penting itu.

Perdana Menteri berkata, apabila kedua-dua pertimbangan itu sudah diselaraskan, kelulusan dalam memberikan kemudahan kepada rakyat dapat dipermudahkan, selain melibatkan kos yang lebih munasabah.

"Saya telah minta ini (penyelarasan) disegerakan, kita minta jaringan lebuh raya baharu untuk masuk ke kawasan ini. Ini telah diluluskan dengan peruntukan tambahan untuk keperluan projek KIGIP. Ini tanggungan Kerajaan Persekutuan, yang lain saya percaya dapat dikendalikan oleh kerajaan negeri dan tentunya syarikat.

"Ini satu projek berbeza dengan yang lain, dengan urusan dana itu banyak dikendali oleh swasta,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah KIGIP dekat sini pada Jumaat.

AKAN MENYUSUL