[EKSKLUSIF] Lebih 300 terkandas: Syarikat pengendali umrah berdepan tindakan gantung

LocalTravel
14 Jan 2025 • 5:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian mengenai lebih 300 orang terkandas apabila syarikat gagal terbangkan jemaah umrah.

PUTRAJAYA - Syarikat pengendali umrah yang didakwa gagal menerbangkan 379 bakal jemaah ke Tanah Suci berdepan dengan tindakan penggantungan operasi selama tujuh hari.

Tegas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Khairul Firdaus Akhbar Khan, tindakan itu berkuat kuasa pada Rabu sekiranya syarikat berkenaan gagal membuat pemulangan wang sehingga malam Selasa.

"Pemilik syarikat telah berjanji untuk pulangkan wang 379 bakal jemaah malam ini," katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu akhbar ini melaporkan lebih 300 bakal jemaah umrah terkandas selepas pihak syarikat menunda tarikh penerbangan yang sepatutnya pada hari ini kepada suatu tarikh yang tidak di pastikan.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh syarikat berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved