[EKSKLUSIF] 'Mereka tidak akan berhenti kenakan saya'

Politics
15 Apr 2023 • 8:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hamzah menyedari ada usaha pihak tertentu untuk memburukkan namanya dalam politik. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa ada pihak tertentu dalam Kerajaan Perpaduan yang tidak akan berhenti berusaha ‘mengenakan’ beliau untuk diheret ke mahkamah sebagaimana dialami pemimpin Perikatan Nasional (PN) lain dan anaknya sendiri.

Bercakap kepada Sinar Harian, Setiausaha Agung PN itu berkata, beliau mungkin bukan pemimpin seterusnya dalam PN selepas Pengerusi, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan yang berdepan beberapa pertuduhan di mahkamah setakat ini.

Bagaimanapun, Hamzah menyedari kelompok tertentu itu sedang sibuk ‘menggunakan’ agensi kerajaan untuk menyelongkar sekiranya ada kesalahan beliau sewaktu berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan bagi dijadikan sebagai modal ‘membunuh karakter’ politiknya.

Baca berita penuh di Sinar Premium.