
RANAU: Hasrat Taman-Taman Sabah (TTS) untuk memperkenalkan semula kawasan bekas Lombong Tembaga Mamut ke dalam sistem pemuliharaan agensi itu, beransur-ansur menjadi kenyataan dengan majlis pelancaran Ekspedisi Saintifik Mamut 2022 di sini, baru-baru ini.
Pengarah TTS, Dr Maklarin Lakim berkata permohonan tanah telah dibuat pada 7 Mac 2018, dan selepas empat tahun menunggu, pada bulan lepas iaitu pada 13 Julai 2022, Kabinet Sabah akhirnya bersetuju dengan hasrat ini.

