Eksperimen YouTube “Playables” Tidak Akan Ditawarkan Selepas 28 Mac 2024

TechnologyDigital
26 Mar 2024 • 9:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

YouTube “Playables” merupakan salah satu penawaran dibawah YouTube yang membolehkan para pengguna memainkan sejumlah permainan berasaskan web dan kasual dengan mudah pada platform berkenaan.

image is not available

Setelah ditawarkan di Malaysia sejak November 2023 lepas, kini nampaknya ciri YouTube Playables akan ditamatkan tidak lama lagi. Seperti dimaklumkan sebelum ini, eksperimen YouTube Playables ini akan ditamatkan pada 28 Mac 2024 kelak. Selepas tarikh berkenaan ia tidak lagi akan ditawarkan kepada umum.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada pihak YouTube akan mula menawarkan ia dalam bentuk stabil kepada semua atau menamatkan sepenuhnya ciri ini. Sama-sama kita nantikan langkah YouTube untuk Playables ini selepas tarikh berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved