“Ekspresi Wajahnya..” – Tarian Seksi Jennie Atas Kerusi Di Konsert BLACKPINK Di LA Tular

Music
29 Aug 2023 • 8:03 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Tak sah lah kalau BLACKPINK tak memberikan persembahan terhebat semasa konsert mereka.

Pada 26 Ogos, kumpulan itu telah menjayakan ‘encore’ konsert jelajah ‘BORN PINK WORLD TOUR’ di Stadium Dodger, Los Angeles, Amerika Syarikat.

Meskipun banyak lagu lain yang dipersembahkan seperti “Pink Venom”, “Lovesick Girls”, “Playing With Fire”, “Whistle”, “Boombayah” dan banyak lagi, namun lagu “Kick It” dan “Pretty Savage” merupakan persembahan yang dinantikan ramai kerana koreografinya.

Dengan persembahan bersama kerusi, penonton tidak dapat mengalihkan pandangan dari keseksian gerak tari setiap ahli terutamanya Jennie kerana ekspresi wajah yang menggiurkan.

Komen peminat,

Gila lah.

 

Elegannya Jennie

 

Jennie, awak cinta hati saya.

 

Saya obses sangat dengan Jennie.

Dalam pada itu, konsert jelajah dunia BLACKPINK berjaya membawa pulangan sebanyak 78 juta dalam dua bulan sahaja sekaligus menjadikan ini kali pertama kumpulan wanita meraih kejayaan sedemikian di peringkat global.

Hebat kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.