“Ekspresinya..” – Jadi Wanita Bisu, Lakonan Chae Soobin Dikritik Kaku Dalam ‘When The Phone Rings’

EntertainmentMovie
26 Nov 2024 • 12:02 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Mesti ramai yang tengah layan drama “When the Phone Rings” sekarang kan?

Diterajui Yoo Yeon-seok dan Chae Soo-bin, “When the Phone Rings” mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang berdepan konflik dan perubahan yang tidak dijangka selepas menerima panggilan ugutan.

Meskipun meraih rating tinggi untuk episod awal, ada segelintir penonton yang mengkritik lakonan Chae Soo-bin, di mana di membawa watak sebagai wanita yang bisu.

image is not available

Khususnya, Chae Soo-bin harus banyak menggunakan mimik muka dan bahasa isyarat untuk meluahkan perasaannya tetapi sebaliknya, dia dianggap nampak kaku terutamanya dalam babak yang memerlukan julat emosi seperti adegan ketika dia diculik.

Seorang penonton mengulas,

Ketidaksepadanan antara emosinya dan plot drama itu membuatkan saya keluar dari keseronokan. Dia tak dapat mendalami wataknya dengan betul.

Hmm apa kata korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.