
MEMBAKUT: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) akan mengumumkan garis panduan berhubung aspek keselamatan pelajar sekolah dalam masa terdekat susulan fenomena El Nino ketika ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Exco Pendidikan Sabah, Datuk Dr Ariffin Arif berkata, ia akan dimaklumkan selepas menerima laporan dari beberapa pihak berkaitan.
“Kita sedang menunggu laporan dari setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) termasuk agensi-agensi berkaitan sebelum JPNS membuat makluman dalam masa terdekat ini.
“Saya harap semua sekolah khususnya Pengetua dan Guru Besar akur dengan apa pun keputusan bakal diambil JPNS melibatkan peraturan ekoran fenomena ini,” katanya ketika ditemui di Program Bingkisan Kasih, di sini, Khamis.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Dilaporkan, Jabatan Meteorologist Malaysia (METMalaysia) menjangkakan fenomena El Nino dengan intensiti kuat yang sedang melanda dunia ketika ini akan berterusan hingga pertengahan tahun ini.
Situasi itu telah menyebabkan pengurangan taburan hujan termasuk peningkatan suhu panas melampau di Sabah yang bukan saja memberi kesan kepada tumbuhan tetapi juga hidupan khususnya kanak-kanak.
Terdahulu, seramai 95 peniaga bazar Ramadan di Pekan Membakut menerima sumbangan daripada Ariffin di program itu yang diadakan di Dewan Persuratan, di sini.
Pada majlis sama, Ariffin turut menyampaikan sumbangan sejadah dan kurma kepada semua Ketua Isi Rumah beragama Islam di 36 buah kampung di kawasan ini.
Beliau yang juga wakil rakyat Membakut berkata, program itu adalah acara tahunan yang sudah dilaksanakan pihaknya sejak 15 tahun lalu melibatkan sumbangan peribadinya.
“Ini adalah program setiap tahun sempena Ramadan bagi meringankan beban masyarakat dan pada masa sama, menggalakkan penduduk islam meningkatkan ibadah di bulan mulia ini,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

![Dapur Kedai Makan Terbakar, Namun Pekerja Masih Tenang Layan Pelanggan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)