El Nino tiba di Indonesia, Taman Negara Gunung Bromo terbakar

WorldEnvironment
7 Aug 2026 • 6:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: El Nino tiba di Indonesia, Taman Negara Gunung Bromo terbakar

JAKARTA  – Pihak berkuasa berusaha untuk mengawal kebakaran hutan di Taman Negara Gunung Bromo, Pulau Jawa yang memusnahkan lebih 120 hektar kawasan ketika Indonesia  bersedia menghadapi musim kemarau ekstrem didorong fenomena cuaca El Nino.

Kebakaran bermula Isnin lalu berhampiran Gunung Bromo dalam wilayah Jawa Timur. Ia merupakan antara destinasi pelancongan paling banyak dikunjungi di Indonesia tetapi kini ditutup sehingga diberitahu kelak.

Pihak berkuasa tempatan mengerahkan dua helikopter ‘pengebom’ air untuk memadamkan api marak yang memusnahkan sekurang-kurangnya 127 hektar tanah taman negara itu setakat ini, kata pegawai bomba Bambang Setyo Antoko kepada AFP.

Kawasan yang musnah bersamaan keluasan kira-kira 180 padang bola sepak.

“Kami sangat bergantung pada keadaan angin,” kata Bambang mengenai usaha memadam kebakaran yang akan datang.

Pegawai taman negara Rudijanta Tjahja Nugraha berkata,  kawasan yang terbakar berada di lereng  curam, menyukarkan anggota-anggota  bomba untuk sampai ke lokasi.

Punca kebakaran tidak diketahui, tetapi Bambang berkata,  taman negara itu dalam keadaan sangat kering ketika El Nino mula melanda Indonesia.

Gunung Bromo  yang terkenal dengan pemandangan gunung berapinya, pernah terbakar pada 2023.

Kebakaran itu berlaku apabila sepasang kekasih menyalakan suar semasa penggambaran foto pra perkahwinan dan memusnahkan lebih 500 hektar tanah. – AFP 

 

The post El Nino tiba di Indonesia, Taman Negara Gunung Bromo terbakar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved