Elak Air Banjir Masuk Rumah, Wanita Kongsi Cara Kreatif Dengan Hadang Pintu Guna “Plywood”

23 Dec 2022 • 6:02 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Banyak juga kawasan terjejas dengan banjir dan ada perkongsian kreatif elak air banjir masuk rumah mula tular

Elak Air Banjir Masuk Rumah, Wanita Kongsi Cara Kreatif Dengan Hadang Pintu Guna “Plywood”. Dengan keadaan cuaca tak menentu dan lebih-lebih lagi hujan lebat yang berpanjangan sejak malam semalaman, ada sesetengah kawasan mula mengalami banjir. Banyak persediaan mula dilakukan oleh penduduk kawasan yang terjejas.

Terkadang, tidak dinafikan memang satu pekerjaan yang leceh jika rumah kita dimasuki air banjir kerana selepas surut pasti keadaan rumah dipenuhi dengan selut, lumpur untuk dibersihkan. Maka, ada satu perkongsian yang kreatif telah dikongsi di Facebook dan mulai tular.

image is not available
Elak Air Banjir Masuk Rumah, Wanita Kongsi Cara Kreatif Dengan Hadang Pintu Guna “Plywood”. Sumber gambar: FB Lina Hanani Misraeh

Guna “plywood” tebal, letak getah tayar di sekeliling untuk hadang pintu elak air banjir masuk ke rumah

Seorang wanita telah berkongsi di Facebook, cara keluarganya menghadapi situasi banjir dan enggan air banjir tersebut masuk ke dalam rumah dengan menggunakan cara kreatif iaitu hadang pintu dengan menggunakan “plywood”.

image is not available
Elak Air Banjir Masuk Rumah, Wanita Kongsi Cara Kreatif Dengan Hadang Pintu Guna “Plywood”. Sumber gambar: FB Lina Hanani Misraeh

Menurut perkongsian beliau, pastikan “plywood” atau papan yang digunakan dengan ketebalan yang maksimum. Bahkan, pastikan juga paras air banjir tidak melepasi ketinggian papan tersebut. Bukan itu sahaja, pastikan di sekeliling papan tersebut diletakkan getah tayar untuk mengelakkan air masuk melalui celah-celah juga. Jika semuanya ikut ‘kriteria’ ini, maka air banjir difahamkan tidak akan masuk ke dalam kawasan rumah.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai netizen lain dan ada juga yang berkongsi bahawa mereka turut menggunakan cara yang sama. Cuma, untuk membuatkan cara kreatif ini berhasil juga, pastikan lubang-lubang kecil juga diperhatikan supaya air banjir tidak masuk ke dalam rumah melalui lubang-lubang tersebut.

image is not available
Elak Air Banjir Masuk Rumah, Wanita Kongsi Cara Kreatif Dengan Hadang Pintu Guna “Plywood”. Sumber gambar: FB Lina Hanani Misraeh

Dalam keadaan banjir, hidup memang banyak perlukan persediaan. Namun, untuk bertindak secara kreatif juga tidak menjadi satu permasalahan jika cara tersebut tidak mendatangkan kemudaratan dan permasalahan yang lain. Pastikan, jika keadaan sudah diluar kawalan, ikut arahan pihak berkuasa selanjutnya.

Musim ini memang taburan hujan agak tinggi dan kemungkinan untuk banjir di kawasan yang rendah agak tinggi. Pastikan buat persediaan anda: