Elak ambil dadah ketika tertekan, dapatkan nasihat kaunselor Sehat

19 Oct 2022 • 11:33 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 19 OKT: Individu mengalami tekanan dan kemurungan cenderung mengambil dadah sebagai jalan penyelesaian sementara walaupun bahan itu memudaratkan.

EXCO kesihatan awam menyarankan golongan itu mengawal perasaan dan berkongsi masalah dengan kaunselor bertauliah menerusi talian Selangor Mental Sihat (Sehat).

“Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan.

“Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan,” tulis Dr Siti Mariah Mahmud di Facebook.

Kaunselor Sehat boleh dihubungi menerusi talian 1700-82-7536 atau 1700-82-7537, aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) atau layari http://www.drsitimariah.com/sehat.

Mereka yang mengalami situasi sukar itu juga disaran menonton video pendek di Facebook

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved