‘Elak berada di kawasan lapang semasa kilat dan petir’

26 Apr 2023 • 10:49 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA KINABALU: Orang ramai dinasihatkan agar menjauhi kawasan lapang terbuka seperti padang bola sepak sekiranya berlaku kilat ataupun petir, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah Datuk Seri Safar Untong.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, berkata kejadian kilat dan petir, yang antaranya menyebabkan kematian seorang remaja lelaki di Papar semalam, berlaku di beberapa tempat ketika ini dan boleh menyambar manusia sekiranya mereka berada di kawasan terbuka seterusnya mengakibatkan kecederaan serius serta membawa maut.

“Orang awam dinasihatkan supaya menjauhi kawasan lapang terbuka seperti padang bola dan kawasan kawasan lapang lain sekiranya berlaku petir ataupun kilat bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam kejadian petang semalam, remaja orang kurang upaya (OKU) Muhmmad Zulqilfle Redzwan, 13, maut, manakala rakannya Assiy Qusyairy, 13, cedera parah akibat disambar petir ketika bermain bola sepak di Padang Pekan Papar.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima laporan itu pada 4 petang dan Muhmmad Zulqilfle disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya dikejarkan ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved