Elak bersalaman, cara Fattah Amin santuni peminat warga emas raih pujian

LocalEntertainment
24 Oct 2024 • 3:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Fattah Amin santuni peminat

Pelakon sensasi, Fattah Amin santuni peminat warga emas ketika sesi Meet and Greet di JUMA’ANI Pavilion di Kuching, Sarawak semalam telah mendapat pujian warganet di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @Lyssa Jean di laman TikToknya, dia mengucapkan terima kasih kepada aktor yang berusia 34 tahun kerana menyantuni neneknya dengan baik.

Fattah Amin santuni peminat

@lyssajean1

Thank you @Fattah Amin dah buat nenek saya happy P/S: nenek saya bukan orang cina. Nenek orang Lun Bawang

♬ original sound - Lyssa Jean - Lyssa Jean

“Terima kasih Fattah Amin dah buat nenek saya gembira! Nenek saya bukan orang Cina, tapi orang Lun Bawang,” ujarnya.

Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat Fattah elak untuk bersalaman dengan warga emas terbabit namun, mereka sempat bergambar bersama sebagai kenangan.

Bukan itu sahaja, warga emas tersebut turut menggunakan peluang yang terhidang dengan meminta tandatangan pada bahagian lengan bajunya.

Fattah Amin santuni peminat

image is not available

image is not available

Bagusnya Fattah, hormat orang tua

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap positif pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu yang pandai menghormati orang tua.

image is not available

Semoga dipermudahkan urusan

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Fattah dimurahkan rezeki selalu dan berharap segala urusannya dalam mencari rezeki dipermudahkan.
image is not available

Sekadar info, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam, Selangor selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

image is not available

Sumber: TikTok @Lyssa Jean