Elak denda, pemilik harta di Klang diseru bayar cukai taksiran selewatnya 29 Februari

2 Feb 2024 • 6:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 2 FEB: Pemilik harta bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) Klang diingatkan untuk membayar cukai taksiran untuk tahun ini selewat-lewatnya 29 Februari ini.

Datuk Bandar Klang memaklumkan orang ramai boleh menyemak status melalui ipay.mpklang.gov.my dan menggalakkan pembayaran secara dalam talian.

“Selain pembayaran dalam talian, kempen pembayaran cukai taksiran turut dijalankan di pusat membeli-belah AEON Bukit Tinggi dan Bukit Raja, Klang dengan waktu operasi jam 10 pagi hingga 6.00 petang.

“Bagi pusat membeli-belah AEON di Bukit Tinggi, kaunter pembayaran dibuka pada 3, 4, 10 dan 11 Februari manakala 17, 18, 24 dan 25 Februari di AEON Bukit Raja,” kata Datin Paduka Noraini Roslan selepas majlis angkat sumpah dan menandatangani penerimaan jawatan ahli majlis sesi 2024-2025 di sini, hari ini.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved