Elak Ditahan Polis, Remaja Lelaki Sanggup Terjun Sungai Dan Ditemui Lemas Di Sandakan

13 Feb 2023 • 5:07 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Seorang lelaki warganegara Filipina

Elak Ditahan Polis, Remaja Lelaki Sanggup Terjun Sungai Dan Ditemui Lemas Di Sandakan. Seorang remaja warga Filipina lemas selepas terjun ke laut dipercayai mengelak diperiksa polis, dalam kejadian di Kampung Pukat Pasir Putih, Sandakan.

image is not available
Elak Ditahan Polis, Remaja Lelaki Sanggup Terjun Sungai Dan Ditemui Lemas Di Sandakan. Kredit: Astro Awani

Dalam kejadian semalam, lelaki berusia 18 tahun itu ditemui rakan sekerjanya tidak jauh dari kawasan mangsa dipercayai terjun.

Meninggal di lokasi kejadian

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, berkata pihaknya dimaklumkan melalui aplikasi sistem pesanan ringkas, WhatsApp bahawa mangsa ditemui terapung, pada 8.48 malam.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

image is not available

“Mayat remaja berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 9.48 malam,” katanya menurut Astro Awani.

Operasi SAR dijalankan bomba, Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Baca lagi artikel terkini: