Mendiang Goo Ha-ra meninggalkan impak yang baik meskipun sudah tiada.
Dewan Kebangsaan ke-22 Korea Selatan meluluskan ‘Undang-Undang Goo Ha-ra’, iaitu undang-undang yang melucutkan hak waris bagi ibu bapa dan ahli keluarga yang secara serius mengabaikan tanggungjawab mereka untuk melindungi atau menyara nenek moyang atau keturunan.
Undang-undang tersebut diluluskan oleh Dewan Kebangsaan dengan 284 ahli menyokong dan 2 ahli tidak mengundi. Undang-undang ini diluluskan enam tahun selepas kematian penyanyi mendiang Goo Ha-ra, di mana abangnya mengusulkan rang undang-undang tersebut selepas ibu Goo Hara yang telah terpisah lama cuba menuntut hak waris terhadap harta pusaka penyanyi tersebut.

Sehubungan dengan keputusan Dewan Kebangsaan itu, abang Goo Ha-ra, Goo Ho-in, menulis di SNS miliknya,
Sorakan, akhirnya ia diluluskan!! Terima kasih kepada minat yang ditunjukkan oleh ramai orang, undang-undang ini akhirnya diluluskan. Semua orang, tolong jaga kesihatan dan berbahagia dalam masa yang sukar ini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.
Semoga ia akan membantu orang lain di masa hadapan.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Elak Ibu Bapa Ambil Kesempatan, ‘Undang-Undang Goo Hara’ Diluluskan first appeared on KimchiDaily.my.


