Elak Isu Terus Berpanjangan, Ustaz Don Daniyal Direhatkan Daripada Siaran RTM

5 Jun 2024 • 3:58 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid direhatkan daripada bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi rancangan Salam Baitullah bagi mengelakkan isu yang tular di media sosial terus berlarutan.

Menerusi perkongsian di X, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman memaklumkan perkara tersebut dengan memuat naik satu ciapan berhubung isu terbabit di akaun rasminya.

image is not available

Dalam ciapan tersebut, Suhaimi menyatakan bahawa beliau telah membuat keputusan serta meminta pihaknya untuk merehatkan pendakwah terbabit bagi menenangkan situasi tegang rentetan isu pertikaian berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang dipercayai disampaikan oleh Ustaz Don di sebuah stesen radio.

“Untuk meredakan keadaan, saya telah minta pihak RTM untuk merehatkan dulu Ustaz Don daripada rancangan Salam Baitullah.
“Jangan tanya apa yang saya fikir dan rasakan sekarang. Kosong,” katanya pada Rabu.

image is not available

Foto: The Malaysian Reserve

Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas Don menerima kritikan daripada pelbagai pihak di atas dakwaannya yang menyatakan bahawa Rasulullah pernah melamar Ummu Hani sebanyak tiga kali dan merupakan cinta pertama baginda.

Meskipun ditegur oleh beberapa tokoh agamawan, namun Don masih tetap dengan pendiriannya dan enggan membetulkan dakwaan terbabit.

image is not available

Foto: IG Agamigroup

Sementara itu, baru-baru ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan kenyataan berhubung isu yang menjadi perhatian ini sekali gus dakwaan bahawa Ummu Hani merupakan cinta pertama baginda turut diragui kesahihannya.

image is not available

Sumber: X @Suhaimisulaiman, Facebook Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan