Elak Kanak-Kanak Tercicir, Beberapa Van Sekolah Di Johor Dilengkapi Sistem penggera

LocalFamily & Parenting
22 May 2025 • 3:09 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin mendedahkan beberapa van sekolah di Johor dilengkapi dengan sistem penggera.

Menurut laporan Harian Metro, tindakan itu diambil sebagai usaha untuk menggelakkan kanak-kanak tertinggal di dalam van dimana penggera itu akan memberi amaran kepada pemandu atau pengiring.

Sistem penggera

image is not available

“Sistem penggera akan mengesan kehadiran penumpang dan mengeluarkan bunyi atau notifikasi jika ada yang tertinggal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Wong Bor Yang (Senai-PH) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor, di sini, hari ini.

Sistem penggera

image is not available

Bukan itu sahaja, Aznan turut berpandangan kamera litar tertutup (CCTV) atau aplikasi pemantauan dalam masa nyata juga digalakkan untuk dipasang dalam van atau bas sekolah.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia disyaki selepas tertinggal dalam van sekolah selama lebih empat jam di Taman Bukit Indah.

Sumber: Harian Metro (Mary Victoria Dass)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved