Elak Kejadian Tak Diingini, Doktor Ini Kongsi Panduan Pasang ‘Tracker’ Sebelum Anda Berjalan Jauh

24 Jul 2022 • 2:38 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Panduan yang ringkas tapi mampu menyelamatkan nyawa!

Elak Kejadian Tak Diingini, Doktor Ini Kongsi Panduan Pasang ‘Tracker’ Sebelum Anda Berjalan Jauh. Rentetan penemuan rangka seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 10 bulan lalu dan ditemukan di dalam sungai bersama kereta Nissan Grand Livina yang dipandunya telah mendorong doktor ini untuk berkongsi tentang panduan pemasangan ‘tracker’ sebelum memulakan perjalanan yang jauh.

Hari ini kita mendapat berita sedih tentang penemuan sebuah kenderaan jenis MPV yang tenggelam bersama pemandunya di…

Posted by Kamarul Ariffin Nor Sadan on Saturday, July 23, 2022

Ketiadaan saksi antara punca insiden seperti ini berlaku

Menerusi hantaran Facebook yang telah dimuat naik oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan, beliau berpendapat kes kehilangan individu akibat kemalangan melibatkan kemalangan umpama ini berlaku kerana ketiadaan saksi dan melibatkan kawasan yang terlindung seperti sungai, gaung dan sebagainya.

Insiden tersebut telah mendorong beliau untuk berkongsi panduan dan kepentingan pemasangan ‘tracker’ sebelum kita memulakan perjalanan yang jauh bagi menjejaki keberadaan semasa kita.

Jejak dan kesan lokasi kita melalui aplikasi Whatsapp.

Menurut beliau, bagi mengurangkan risiko insiden seperti ini berlaku, kita boleh melakukan langkah mudah ini terutamanya ketika sedang memandu seorang diri untuk perjalanan jauh di waktu malam dan di kawasan yang sunyi.

Langkah mudah tersebut boleh dilakukan hanya dengan menggunakan aplikasi Whatsapp sebagai ‘tracker’ bagi membantu menjejaki keberadaan kita secara langsung ketika sedang dalam perjalanan jauh.

Berikut merupakan panduan untuk memasang ‘tracker’ dengan menggunakan aplikasi Whatsapp:

  1. Buka WhatsApp dan pilih individu yang hendak dimaklumkan. Boleh pilih individu mahupun group.

2. Di tetingkap individu atau group berkenaan. Tekan butang kongsi (ikon klip kertas).

image is not available
Langkah 2. Kredit Foto: FB Kamarul Ariffin Nor Sadan

3. Di tetingkap pilihan jenis kepilan(attachment), tekan butang lokasi (ikon pin lokasi).

image is not available
Langkah 3. Kredit Foto: FB Kamarul Ariffin Nor Sadan

4. Di tetingkap lokasi, tekan butang kongsi lokasi live (ikon pin bergerak).

image is not available
Langkah 4. Kredit Foto: FB Kamarul Ariffin Nor Sadan

5. Di tetingkap lokasi live, tekan tempoh yang sesuai dengan masa perjalanan.

image is not available
Langkah 5. Kredit Foto: FB Kamarul Ariffin Nor Sadan

6. Lokasi akan dikemaskini secara live. Kemaskini boleh dihentikan setelah tiba di destinasi.

image is not available
Langkah 6. Kredit Foto: FB Kamarul Ariffin Nor Sadan

Diharapkan menerusi perkongsian tersebut, lebih ramai lagi individu yang akan peka tentang keselamatan diri dan keluarga. Jangan lupa untuk kongsikan ‘jejak’ anda bersama rakan-rakan atau ahli keluarga di aplikasi Whatsapp sebelum melakukan perjalanan yang jauh.

Anda mungkin memerlukan panduan ini pada masa hadapan: