Elak kesesakan, dana RM160 juta bina jalan hubung Port Dickson-Sepang

24 Feb 2023 • 5:46 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 24 FEB: Kerajaan akan membina dan menaik taraf jalan di beberapa lokasi pelancongan bagi mengurangkan isu kesesakan lalu lintas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 berkata projek tersebut ialah:

● membina jalan baharu dari Habu ke Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang dengan kos sebanyak RM480 juta ringgit.

● menaik taraf Jalan Tun Hamzah ke persimpangan Semabok Lebuh AMJ Daerah Melaka Tengah dengan kos sebanyak RM 300 juta.

● membina jalan dan jambatan Sungai Sepang bagi menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson dan Sungai Pelek, Sepang dengan kos projek RM160 juta.

● menambah baik lebuh raya ke Pengerang melalui pembinaan lorong memotong di Senai Desaru Expressway. Kerajaan juga bersetuju menaik taraf Lebuhraya Utara Selatan dari Yong Peng Utara ke Senai Utara – Fasa 1, Johor daripada empat kepada enam lorong dengan kos RM525 juta secara berfasa.